search

Google
 

Kamis, 17 Juni 2010

Bola yang di pakai pada waktu piala dunia tahun1970-2010


Adidas memulakan pembuatan bola pada tahun 1963, tapi mencipta bola rasmi piala dunia yang pertama pada tahun 1970, bola pertama dengan 32 panel berwarna hitam dan putih. Ia dipanggil TELSTAR bermaksud “Star of Television”, kerana ia mudah kelihatan pada televisyen hitam putih masa itu. Pada tahun itulah buat pertama kalinya piala dunia boleh disaksikan secara langsung di kaca tv.


Dua warna bola rasmi digunakan pada piala dunia Jerman 1974.Telstar diperbaharui dengan warna putih keseluruhanya. Bahan dan cirinya tetap sama dengan yang digunakan 4 tahun lepas. Dinamakan Chile Durlast sempena bola putih yang digunakan Chile pada tahun 1962


Bola seterunya menggalami evolusi baharu pada tahun 1978 setelah Adidas memperkenalkan Adidas Tango. Dengan 20 panel “triads” mengekpresikan 12 bulatan yang sama. Sebanyak lima siri bola piala dunia menggunakan asas ciptaan bola ini. Ciri-ciri Tango yang tahan lasak terhadap cuaca menggambarkan pemain-pemain Argentina yang bersemangat,licik dan elegen.


Adidas memperkenalkan Tango Espana dengan lapisan getah untuk mencegah bola dari dimasuki air pada kulitnya, ia merupakan bola kualiti kalis air yang pertama. Walaubagaimana pun lapisan itu mudah tertanggal dan bola perlu ditukar sepanjang perlawanan. Ia merupakan bola terakhir untuk piala dunia yang diperbuat daripada kulit asli.


Model yang sempurna untuk piala dunia Mexico, dijahit dengan tangan dan merupakan bola rasmi pertama piala dunia yang mengunakan bahan sintetik mengantikan kulit. Bola ini dilindungi lapisan luar polyurethane dan tiga lapisan dalam yang digabungkan ai dipanggil struktur “adicron” ini penting bagi memastikan bola berkeupayaan mengekalkan bentuknya semasa ditendang dan juga ketahannya dalam keadaan basah.Azteca Mexico melambangkan puak Aztec yang mahir dalam bidang senibina dan seni mural.


Model berteknologi tinggi diperbuat daripada gentian fiber sintetik ,ianya stabil dan tidak mudah terkoyak. Lapisan neoprane menjadikan ia kedap dari dimasuki air sementara lapisan luar diperbuat daripada polyurethane menjadikan ia baik dari segi lantunan, nama Etrvsco Unico diinspirasikan daripada sejarah dan seni Etruscans Itali yang menggagumkan, 3 kepala singa menghias setiap 20 corak triads Tango.


Bukan sahaja kalis air tapi mempunyai kelajuan yang baik apabila ditendang.Terbukti mudah dikawal dan lembut ditendang, menghasilkan daya tujahan yang tinggi.


Warna merah, putih, biru melambangkan bendera Perancis yang mempunyai warna tersebut, memecahkan tradisi bola rasmi piala dunia yang sebelumnya cuma berwarna hitam atau putih.


Model terbaharu pada tahun 2002 ini memecahkan tradisi apabila rekaannya tidak diambil dari rekabentuk Tango yang diperkenalkan pada tahun 1978, berketebalan 3mm dengan 11 lapisan, mengandungi poket-poket kecil udara yang berada pada lapisan kulit sintetik. Ketebalan kulit itu bagi menambah ketepatan apabila ditendang (tapi kalau tak pandai main bola tak guna jgkkan)...


Ciri tradisi 32 panel jahitan tangan mempunyai kawasan sasaran tendangan yang luas bermaksud ketepatan sukar dicapai, jadi adidas memperkenalkan Teamgeist dengan 14 panel menjadikan ia lebih konsisten dan lebih berprestasi daripada model yang sebelumnya, Teamgeist tidak mempunyai banyak panel jadi ia lebih bulat, lebih bulat bermaksud ia lebih seimbang


Nama ”JABULANI” berasal dari bahasa isiZulu, salah satu daripada 11 bahasa resmi Afrika Selatan yang digunakan oleh 25% warga negara itu, ”JABULANI” bermaksud “to celebrate” dalam bahasa Inggeris. Bola ini melambangkan penyatuan semua negara dalam kejohanan piala dunia.

sumber : http://www.kaskus.us/showthread.php?t=4427047

Tidak ada komentar: